Friday, February 18, 2011

Poligami

Poligami mengikut kefahaman saya ialah seseorang lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dalam sesuatu masa. Saya buat entri ni sebab tazkirah pagi tadi adalah berkenaan dengan poligami. Jarang orang bertazkirah pasal poligami sebab tak berapa nak sesuai sangat. Tazkirah ni biasanya adalah untuk memberi kesedaran seterusnya keinsafan kepada orang ramai. Oleh itu, saya pasti ramai yang kurang bersetuju terutamanya wanita bila menyentuh soal poligami termasuklah saya. Berbalik pada tazkirah tadi, yang menarik perhatian saya ialah kelebihan berpoligami adalah untuk membantu balu-balu yang kematian suami. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kebanyakan lelaki yang nak berkahwin lebih dari satu ni jarang memilih balu lazimnya memilih perempuan yang muda, yang cantik, yang seksi, gebu dan berbagai lagi lah. Barulah ada kelas. Tak gitu?
Poligami ni pernah berlaku kepada saudara dan kenalan saya yang mana kenalan saya ni adalah isteri kedua. Perkahwinan beliau cuma bertahan dua tahun sahaja. saya pun tak tahu kenapa. Bukannya mereka berkahwin tanpa restu isteri pertama walhal hubungan kenalan saya dengan madunya sangat rapat. Saya mengandaikan jodoh mereka hanya setakat itu. Saudara saya ni pula merupakan isteri pertama. Dimadukan oleh suaminya tanpa pengetahuannya. Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun. Akhirnya saudara saya dapat hidu juga yang suaminya dah bernikah lagi satu di selatan Thai. Saudara saya tidak melatah malah menolong suaminya mendaftarkan pernikahan mereka di mahkamah syariah. Sayalah yang banyak menami beliau. Waktu proses pendaftaran tu, banyak sangat peristiwa yang berlaku, yang saya kutip dan jadikan sebagai pengajaran dan teladan. Agar saya lebih berhati-hati melayari alam rumahtangga.

Oklah, saya pun taknak komen panjang (walaupun dah agak panjang) pasal poligami ni. Kepada sang suami, janganlah jadikan poligami sebagai alasan mengikut sunnah. Wahai sang gadis, jangan sangkakan menjadi isteri kedua, ketiga mahupun yang keempat itu mudah.

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul buat semua. Sesama kita memperbanyakkan selawat & salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Semoga kita tergolong dikalangan orang yang mendapat syafaat baginda.