Thursday, March 15, 2012
Kejam Sungguh
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kejam sungguh. Tak berhati perut langsung. Itu pendapat aku bagi orang yang membunuh adik Nur Nadhirah Abdullah. Budak sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa. Budak-budak bukan tahu apa pun. Tak dapat aku bayangkan betapa azabnya budak tu berdepan dengan maut.
Tapi bila fikir-fikir balik, semua itu kehendak Allah. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t walhal kita kerdip mata pun atas izin Nya juga. Allah lebuh mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita sebagai hamba harus terima dengan sabar dan redha. Betapa Allah menyayangi keluarga arwah terutama ibunya sehinggakan Allah turunkan ujian yang berat kepadanya. Kalau aku di tempatnya, belum tentu lagi aku mampu hadapinya. Satu benda yang selalu aku ingat, Allah taala tak akan menuji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian tersebut. Berat manapun mata yang memandang, takkan sama dengan bahu yang memikul. Hati mana yang tak sedih menerima kematian orang yang tersayang lebih-lebih kematian yang begitu tragis sekali dan semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Saturday, March 3, 2012
Tak Patut Tak Patut
Assalamualaikum w.b.t
Aku ni kan, marah betul bila tengok video klip budak-budak kat taska yang kena bungkus macam mayat. Lebih aku sakit hati, ada pulak budak yang di salotape mulutnya. Kejam dan kurang ajar betul. Dahla buat macam tu, ambil video pulak, tempek pulak kat internet.
Apa ko tak fikir ke, apa perasaan mak bapak budak-budak tu bila tengok anak-anak mereka diperlakukan sebegitu rupa. Jangan kerana marahkan orang lain, budak-budak yang jadi mangsa. Sekarang ni ko takde anak lagi, esok lusa bila ko dah ada anak, baru ko tahu, baru ko rasa bila orang lain buat anak ko macam tu (emo ni).
Hidup ni ibarat roda, ada masa di bawah, ada masa di atas. Oklah, taknak emo lagi. Bye.
Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)