Baru-baru ni kawan ofis saya bercerita yang jiranya kena pukau. Masa kejadian tu, jirannya tengah menyapu di halaman rumah. Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki ala-ala Pakistan bertanya pasal peta dan note RM5. Pas tu jiran dia tu masuk dalam rumah ambil duit lalu di serahkan kepada lelaki tersebut. Beliau hanya tersedar bila lelaki Pakistan terbabit telah berlalu. Bila dah sedar tu, dia masuk dalam rumah dan cek duit dia, ternyata duit sebanyak RM500 telah tiada. Bila rakan ofis saya tu cerita tu, lantas saya teringat yang ayah saya juga pernah kena pukau dengan cara yang sama, mungkin orang yang sama kerana ala-ala Pakistan jugak.jenis kereta yang digunakan juga sama. Cuma nombor plat je tak pasti. Tapi dua cerita ni berlaku di tempat yang berlainan, malahan negeri pun berlainan. Agaknya orang ini menjelajah ke serata negeri bagi menjalankan aktiviti tak baiknya itu. Saya sendiri pun pernah melihat la kejadian yang macam ni. Dah lama, sekitar tahun 2001. Tapi saya pun tak pasti la sama ada saya terkena tempias pukau tersebut atau tidak kerana saya hanya memerhatikan kawan saya menyerahkan duit tanpa menegur perbuatan tersebut. Dah tu, apa lagi kena la ganti balik duit tu..oleh itu, peringatan untuk korang semua dan diri saya juga, sentiasa berhati-hati dalam segala tindak tanduk anda(anda ada tanduk?)lol kerana mata jahat ada di mana sahaja sedang memerhatikan anda…AWASS!!
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 21, 2010
Maiza Hamil Anak Ketujuh
Begitulah satu tajuk muka depan sebuah majalah yang agak famous di negara kita yang tercinta ini. Beliau bersama suami berserta dua orang anak beliau bergambar bersama untuk cover story majalah tersebut. Membaca ceritanya sahaja sudah dapat saya bayangkan betapa gembira dan bahagianya beliau melayari alam rumahtangga yang baru. Masih saya ingat lagi suatu ketika dulu beliau pernah menggemparkan Negara dengan kisah pergolakan rumahtangganya sekaligus membawa beliau beliau ke dunia glamour. Saya percaya ramai yang bersimpati termasuk diri saya. Tapi itu kisah dulu-dulu.Sekarang dia sudah bahagia. Saya doakan agar beliau terus berbahagia dengan kehidupan barunya. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang sudah memiliki keluarga sendiri.Semoga rumahtangga kalian dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah swt.
Subscribe to:
Comments (Atom)