Wednesday, December 22, 2010

Saya pening la…



Tahun 2010 dah nak melabuhkan tirainya..dah tak lama tahun 2011 menjelma. Tapi apa yang merunsingkan saya ialah masalah saya yang tak selesai-selesai lagi ni. Dah masuk 3 bulan tapi rumah sewa belum ketemui lagi. Sudah beberapa bulan saya menumpang rumah kakak ipar. Rasa dah tebal muka ni tapi terpaksa buat tak reti. Nak cari baby sitter pun satu hal. Rasa tak percaya kat orang luar ni satu masalah jugak. Tapi nak tak nak kena juga upah orang jaga Hanum. Mungkin saya yang terlalu berprasangka. Mana idaknya, bila selalu dengar cerita-cerita orang-orang berkenaan dengan pengasuh ni. Itu la ini la, naik seram jugak. Cerita pasal nursery pun pelbagai. Bagi ubat tidur la, tercekik susu la. Pening juga memikirkan ni. Berbalik pada cerita pasal rumah sewa tadi, bukan takde rumah kosong, Cuma kadang-kadang sewanya tak berbaloi dengan keadaan rumah tu. Rumah 2 bilik tapi nak bagi sewa RM400 lebih. Tak berbaloi eh dengan rumah yang saya sewa sekarang. Saya ingat nak cari rumah yang sewanya berpadanan dengan rumah la. Kalau keadaan rumah tu bagus,takpe la sewanya mahal sikit. Apa yang penting, dekat-dekat kawasan rumah tu ada pengasuh. Itu tujuan utama saya nak kena berpindah rumah. Rumah yang saya sewa sekarang ni takde nursery, pengasuh pun susah nak cari. Almaklumlah jiran-jiran saya ramai dari keturunan cina dan india. Melayu ada beberapa kerat je termasuk saya.  Yang beberapa kerat ni pun kebanyakkannya bekerja. Kalau ada pun, tak nak jadi pengasuh sebab anak sendiri pun dah tak terasuh. Nakal tersangat. Hurm…Nampak gayanya kena angkat kaki juga la dari Semambu 1. Satu hal lagi berkenaan dengan pindah rumah ni ialah kemas, packing, angkut, buka dan susun semula, Sudah nampak kepenatanya.tapi apa kan daya, kalau tak lalui semua tu, tak selesai masalah la jawabnya. Sapa suruh kau tak pandai bawak kereta. Sendiri mau ingat, sendiri mau jawab.

Monday, November 15, 2010

Marah-marah Sayang


Pagi tadi bengang sangat dengan suami. Kita dah terlambat nak pergi kerja. Tapi dia boleh pulak melambat-lambatkan lagi kita yang sudah sedia lambat ni. Dah la kita dah tolong masukkan semua barang-barang dalam kereta. Nak bancuh air lagi, nak mandikan anak lagi. Ingatkan bila dah tolong masukkan barang dalam kereta, cepat sikit dapat gerak. Ni tak,lambat jugak.Siap nak berangan pulak. Geram betul. Saya terus tekad tak nak cakap dengan dia hari ni. Tapi saya tetap cium tangan dia sebelum bertolak ke ofis tadi. Sampai ofis jam 9 pagi. Dah la terlewat, kerja yang menunggu pulak melambak sampai tak sedar masa berlalu. Tengok jam je, alamak sudah jam 12.30 tengahari. Teringat pulak kat suami. Sedang buat apa agaknya ye.Rasa menyesal pulak lancarkan mogok kunci mulut dengan dia. Padahal dia dah nak pergi kerja, hari Jumaat baru dapat jumpa semula. Dalam hati mula terdetak rasa rindu. Terus capai handfon, call dia, alahai…nasib baik dia tak merajuk. Itu la pagi tadi marah-marah, sekarang dah mula rindu. Biasala suami-isteri, marah-marah sayang.

Saturday, November 13, 2010

Betapa bertuahnya aku


‘Rumah berbumbungkan Jejambat Lebuhraya’.Begitulah tajuk email yang saya terima baru-baru ini. Pada mulanya saya sangkakan kehidupan di luar negara tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Ianya berlaku di negara kita. Simpati saya melihatnya. Terdapat seorang bayi berusia 17 bulan turut menetap di bawah jejambat tersebut bersama kedua ibubapanya. Sedih bukan? Tapi itulah realiti kehidupan sebenarnya. Kemajuan yang menghambat kadang-kala ada yang terlambat.

Sebab itulah saya selalu melihat ke dalam diri. Mengajar diri untuk menghargai dan mensyukuri setiap apa yang saya ada. Mungkin sesuatu itu kecil nilainya namun ia tetap berharga seandainya kita ikhlas menghargainya.Bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu adalah lebih manis rasanya daripada memperolehi melalui orang lain. 

Bila melihat orang-orang bergelandangan, saya masih bertuah kerana masih menetap di sebuah rumah walaupun tak besar mana. Lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Itu sudah memadai. Bila terpandangkan satu keluarga sedang menunggu bas dengan anak-anak yang ramai,di bawah terik mentari, saya kira saya masih beruntung dapat ke sana sini tanpa perlu berpanas mahupun bersesak-sesak di dalam bas.

Dulu saya selalu mengatakan saya tidak bernasib baik kerana tidak dapat ke universiti seperti rakan lain kerana result yang sedang-sedang,saya hanya layak ke kolej swasta tetapi saya sangat bertuah kerana terus mendapat perkerjaan sebaik sahaja tamat belajar, tidak seperti rakan yang ke universiti yang mendapat pekerjaan tidak setimpal kata mereka. Sudahlah kerja tidak berbaloi, hutang juga bertambah,ditambah dengan faedah lagi,pun  saya masih beruntung, separuh daripada pinjaman dijadikan biasiswa.

Jika dilihat semula, betapa beruntungnya saya walaupun kadangkala terkebelakang. Syukuri dan hargai apa yang anda ada tidak kira harta benda mahupun orang-orang di sekeliling anda.

Friday, October 29, 2010

Pukau!

Baru-baru ni kawan ofis saya bercerita yang jiranya kena pukau. Masa kejadian tu, jirannya tengah menyapu di halaman rumah. Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki ala-ala Pakistan bertanya pasal peta dan note RM5. Pas tu jiran dia tu masuk dalam rumah ambil duit lalu di serahkan kepada lelaki tersebut. Beliau hanya tersedar bila lelaki Pakistan terbabit telah berlalu. Bila dah sedar tu, dia masuk dalam rumah dan cek duit dia, ternyata duit sebanyak RM500 telah tiada. Bila rakan ofis saya tu cerita tu, lantas saya teringat yang ayah saya juga pernah kena pukau dengan cara yang sama, mungkin orang yang sama kerana ala-ala Pakistan jugak.jenis  kereta yang digunakan juga sama. Cuma nombor plat je tak pasti. Tapi dua cerita ni berlaku di tempat yang berlainan, malahan negeri pun berlainan. Agaknya  orang ini menjelajah ke serata negeri  bagi  menjalankan aktiviti tak baiknya itu. Saya sendiri pun pernah melihat la kejadian yang macam ni. Dah lama, sekitar tahun 2001. Tapi saya pun tak pasti la sama ada saya terkena tempias pukau tersebut atau tidak kerana saya hanya memerhatikan kawan saya menyerahkan duit tanpa menegur perbuatan tersebut. Dah tu, apa lagi kena la ganti balik duit tu..oleh itu, peringatan untuk korang semua dan diri saya juga, sentiasa berhati-hati dalam segala tindak tanduk anda(anda ada tanduk?)lol kerana mata jahat ada di mana sahaja sedang memerhatikan anda…AWASS!!

Thursday, October 21, 2010

Maiza Hamil Anak Ketujuh


Begitulah satu tajuk muka depan sebuah majalah yang agak famous di negara kita yang tercinta ini. Beliau bersama suami berserta dua orang anak beliau bergambar bersama untuk cover story majalah tersebut. Membaca ceritanya  sahaja sudah dapat saya bayangkan betapa gembira dan bahagianya beliau melayari alam rumahtangga yang baru. Masih saya ingat lagi suatu ketika dulu beliau pernah menggemparkan Negara dengan kisah pergolakan rumahtangganya sekaligus membawa beliau beliau ke dunia glamour. Saya percaya ramai yang bersimpati termasuk diri saya. Tapi itu kisah dulu-dulu.Sekarang dia sudah bahagia. Saya doakan agar beliau terus berbahagia dengan kehidupan barunya. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang sudah memiliki keluarga sendiri.Semoga rumahtangga kalian dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah swt.