Tahun 2010 dah nak melabuhkan tirainya..dah tak lama tahun 2011 menjelma. Tapi apa yang merunsingkan saya ialah masalah saya yang tak selesai-selesai lagi ni. Dah masuk 3 bulan tapi rumah sewa belum ketemui lagi. Sudah beberapa bulan saya menumpang rumah kakak ipar. Rasa dah tebal muka ni tapi terpaksa buat tak reti. Nak cari baby sitter pun satu hal. Rasa tak percaya kat orang luar ni satu masalah jugak. Tapi nak tak nak kena juga upah orang jaga Hanum. Mungkin saya yang terlalu berprasangka. Mana idaknya, bila selalu dengar cerita-cerita orang-orang berkenaan dengan pengasuh ni. Itu la ini la, naik seram jugak. Cerita pasal nursery pun pelbagai. Bagi ubat tidur la, tercekik susu la. Pening juga memikirkan ni. Berbalik pada cerita pasal rumah sewa tadi, bukan takde rumah kosong, Cuma kadang-kadang sewanya tak berbaloi dengan keadaan rumah tu. Rumah 2 bilik tapi nak bagi sewa RM400 lebih. Tak berbaloi eh dengan rumah yang saya sewa sekarang. Saya ingat nak cari rumah yang sewanya berpadanan dengan rumah la. Kalau keadaan rumah tu bagus,takpe la sewanya mahal sikit. Apa yang penting, dekat-dekat kawasan rumah tu ada pengasuh. Itu tujuan utama saya nak kena berpindah rumah. Rumah yang saya sewa sekarang ni takde nursery, pengasuh pun susah nak cari. Almaklumlah jiran-jiran saya ramai dari keturunan cina dan india. Melayu ada beberapa kerat je termasuk saya. Yang beberapa kerat ni pun kebanyakkannya bekerja. Kalau ada pun, tak nak jadi pengasuh sebab anak sendiri pun dah tak terasuh. Nakal tersangat. Hurm…Nampak gayanya kena angkat kaki juga la dari Semambu 1. Satu hal lagi berkenaan dengan pindah rumah ni ialah kemas, packing, angkut, buka dan susun semula, Sudah nampak kepenatanya.tapi apa kan daya, kalau tak lalui semua tu, tak selesai masalah la jawabnya. Sapa suruh kau tak pandai bawak kereta. Sendiri mau ingat, sendiri mau jawab.
No comments:
Post a Comment