Pagi tadi nak goreng nasi, nak buat sahur.Masa tengah goreng bilis,api dapur padam. Aku pikirkan angkara angin. Rupa-rupanya gas dah habis. Patutla aku duk 'ketek-ketek', tak idup-idup juga api. Mana nak cari gas pukul 4.oo pagi ni. Bukan ke gas petronas deliver 24 jam? Betul ke? Tak tabulah. Daripada asyik fikir-fikir,baik aku guna je periuk elektrik multipurpose. Boleh rebus,goreng dan stok pot. Terima kasih kepada Shera and the gangs. Berguna juga periuk tu di saat kecemasan.^_^ Terus transfer bilis yang dalam kuali ke dalam periuk pelbagai guna. Apalagi, godek je la. Oh..kena pakai sudip kayu. Takleh pakai sudip besi. Nanti calar pulak periuk aku.hehe. Jarang-jarang pakai. Tengah duk godek-godek tu, tiba-tiba dapat idea. Mungkin boleh bawa periuk ni kalau nak bercuti/terpaksa menginap kat rumah tumpangan, yang susah nak cari kedai makan.
| Yess..akhirnya siap jugak nasi goreng periuk serbaguna.LOLOL |
Bila guna periuk ni, teringat masa belajar kat kolej dulu, pakai periuk macam ni lah. Boleh masak macam-macam. Tapi selalunya nasi goreng je ^__^ Kongsi ramai-ramai. Maklum saja la, waktu student dulu tak cukup pitih nak makan sedap-sedap. Dapat makan nasi goreng dah cukup bagus daripada makan maggie.
| Kesian kat budak Teja, hari ni tak dapat makan nasi. Dek kerana gas habis, makan nestum je la hari ni ye dik. |