Saturday, August 11, 2012

Mencari Lailatul-Qadar

Assalamualaikum w.b.t.


Sungguh cepat masa berlalu. Pejam-celik, pejam-celik, hari berganti, rupanya kita sudah berada di penghujung ramadan. Rasanya macam baru semalam mula berpuasa. Masa ke yang bergerak dengan pantas atau mungkin juga kita yang terlalu sibuk dengan urusan sendiri hinggakan tak terasa pergerakkan masa.


Sepertimana yang kita semua maklum, bulan ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan sehinggakan Allah s.w.t mengatakan bulan ramadan merupakan bulan hambaNya. Satu bulan yang diberikan Allah kepada hambaNya untuk lebih beribadat kepadaNya. Satu bulan yang diberikan oleh Allah untuk hambaNya mengutip sebanyak mungkin ganjaran pahala. Sebegitu pemurah Allah s.w.t kepada hambaNya.

 

Tetapi kita sebagai hamba, adakah kita berusaha sedaya mungkin merebut peluang yang Allah berikan kepada kita dengan memperbanyakkan lagi ibadat kepadaNya atau sekadar melalui ramadan seadanya sahaja? Mudah-mudahan kita bukanlah dikalangan orang-orang yang mempersiakan keberkatan ramadan ini. Lebih-lebih lagi di akhir ramadan ini.

 

Allah s.w.t telah mengurniakan hambaNya satu malam yang penuh keberkatan di penghujung ramadan yang dikenali dengan nama Lailatul-Qadar. Malam Lailatul-Qadar lebih baik dari seribu bulan. Ayuh pertingkatkan solat kita, zikir kita dan bacalah Al-Quran di sepuluh malam terakhir ini dengan harapan agar kita dapat bertemu dengan Lailatul-Qadar. Agar kita dapat merebut keberkatan yang dijanjikan Allah taala itu. Agar kita menjadi insan yang terpilih ke syurga Allah.



Terima kasih kerana membaca hasil tulisan ini.

Wednesday, June 13, 2012

Gas Habis!!

Assalamualaikum w.b.t


Pagi tadi nak goreng nasi, nak buat sahur.Masa tengah goreng bilis,api dapur padam. Aku pikirkan angkara angin. Rupa-rupanya gas dah habis. Patutla aku duk 'ketek-ketek', tak idup-idup juga api. Mana nak cari gas pukul 4.oo pagi ni. Bukan ke gas petronas deliver 24 jam? Betul ke? Tak tabulah. Daripada asyik fikir-fikir,baik aku guna je periuk elektrik multipurpose. Boleh rebus,goreng dan stok pot. Terima kasih kepada Shera and the gangs. Berguna juga periuk tu di saat kecemasan.^_^ Terus transfer bilis yang dalam kuali ke dalam periuk pelbagai guna. Apalagi, godek je la. Oh..kena pakai sudip kayu. Takleh pakai sudip besi. Nanti calar pulak periuk aku.hehe. Jarang-jarang pakai. Tengah duk godek-godek tu, tiba-tiba dapat idea. Mungkin boleh bawa periuk ni kalau nak bercuti/terpaksa menginap kat rumah tumpangan, yang susah nak cari kedai makan.

Yess..akhirnya siap jugak nasi goreng periuk serbaguna.LOLOL


Bila guna periuk ni, teringat masa belajar kat kolej dulu, pakai periuk macam ni lah. Boleh masak macam-macam. Tapi selalunya nasi goreng je ^__^  Kongsi ramai-ramai. Maklum saja la, waktu student dulu tak cukup pitih nak makan sedap-sedap. Dapat makan nasi goreng dah cukup bagus daripada makan maggie.


Kesian kat budak Teja, hari ni tak dapat makan nasi. Dek kerana gas habis, makan nestum je la hari ni ye dik.

Wednesday, May 2, 2012

Lima Bulan

Salam,

Baru minggu lepas  aku bawak Teja pergi cucuk 5 bulan. Orang kata cucuk 3 serangkai. Aku pun bukan tahu sangat sebenarnya. Yang penting, cukup masa, aku bawak pergi cucuk. Dua-dua anak aku, aku bawak cucuk kat swasta. Maleh nak tunggu lama-lama kat klinik kerajaan. Cukuplah mengandung je pergi cek kat klinik kerajaan. Tak sanggup menunggu lama-lama lagi dah. Tapi cucuk kat swasta ni tak sama dengan cucuk dekat kerajaan. Sesetengah klinik tu cucuk semata-mata. Takdenya nak ukur panjang, berat segala hai. Aku je mengada sikit. Cakap dengan doktor, "doktor nak timbang". Kalau tak, takdenya ler. 


Untuk Teja ni, aku pilih klinik tempat aku bersalinkan dia tu. Ok sikit la. Pejam-celik, sudah 5 bulan ropenya. Maknanya 5 bulan jugakla aku duk mengepam susuibu untuk Teja. Tak sangka pulak aku berjaya menyusukan dia sehingga sekarang, 5 bulan. Tak terasa waktu yang berlalu. Lagi 1 bulan Teja cukup 6 bulan. Lagi 1 bulan aku tetap kena berusaha mengepam dalam pastikan Teja dapat yang terbaik dari aku. Selepas 6 bulan nanti, barula tengok macam mana. Target mula-mula ni, sehingga dia berusia 6 bulan, insyaAllah sampai ke 1 tahun. Orang kata bila baby dah start makan pejal, dia akan kurang menyusu dan susu kita pun akan turut susut. Jadi kena kerap mengepam la kot. 


Masa Hanum dulu, cuma menyusu dua bulan lebih je. Bila susuibu dah takde, ok, bagi susu formula. Betapa kurangnya ilmu penyusuan masa tu. Sebab tu anak kedua ni, aku berazam nak bagi susu badan kat dia sekurangnya sampai umur dia 6 bulan.(Tinggal lagi 1 bulan :D) Sebab tu la aku mengepam bagai nak rak. Sedaya mungkin tak skip timing mengepam terutamanya dekat opis. Kalau tidak, malam-malam pun kena pam jugak, nak pastikan  bekalan susu mencukupi. Konsep aku, hari ni pam untuk esok. Bekalan mesti cukup. Kalau tak cukup, hah amek kau, lintang pukang la mengepam. 


Selalu berfikiran positif. Walaupun kenkadang tensen jugak. Sentiasa sematkan kat kepala otak ni, susu aku banyak. Taknak stress-stress. Lagi satu, kerap direct feeding atau pam bila baby tido jer. Tak bangun-bangun minum susu. Tak biarkan B penuh melebihi 4 jam. Pantang orang kata, makan itu ini, untuk banyak susuibu. Mesti aku cuba. Cuma jadi ke tak jadi je la. Setakat ni, aku leh mentain supply lagik kihkihkih. Oklah taknak menceceh lebih-lebih. Tata...

Si bulat Teja




Thursday, March 15, 2012

Kejam Sungguh




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kejam sungguh. Tak berhati perut langsung. Itu pendapat aku bagi orang yang membunuh adik Nur Nadhirah Abdullah. Budak sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa. Budak-budak bukan tahu apa pun. Tak dapat aku bayangkan betapa azabnya budak tu berdepan dengan maut.

Tapi bila fikir-fikir balik, semua itu kehendak Allah. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t walhal  kita kerdip mata pun atas izin Nya juga. Allah lebuh mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita sebagai hamba harus terima dengan sabar dan redha. Betapa Allah menyayangi keluarga arwah terutama ibunya sehinggakan Allah turunkan ujian yang berat kepadanya. Kalau aku di tempatnya, belum tentu lagi aku mampu hadapinya. Satu benda yang selalu aku ingat, Allah taala tak akan menuji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian tersebut. Berat manapun mata yang memandang, takkan sama dengan bahu yang memikul. Hati mana yang tak sedih menerima kematian orang yang tersayang lebih-lebih kematian yang begitu tragis sekali dan semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Saturday, March 3, 2012

Tak Patut Tak Patut

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni kan, marah betul bila tengok video klip budak-budak kat taska yang kena bungkus macam mayat. Lebih aku sakit hati, ada pulak budak yang di salotape mulutnya. Kejam dan kurang ajar betul. Dahla buat macam tu, ambil video pulak, tempek pulak kat internet.

Apa ko tak fikir ke, apa perasaan mak bapak budak-budak tu bila tengok anak-anak mereka diperlakukan sebegitu rupa. Jangan kerana marahkan orang lain, budak-budak yang jadi mangsa. Sekarang ni ko takde anak lagi, esok lusa bila ko dah ada anak, baru ko tahu, baru ko rasa bila orang lain buat anak ko macam tu (emo ni).

Hidup ni ibarat roda, ada masa di bawah, ada masa di atas. Oklah, taknak emo lagi. Bye.

Terima kasih kerana membaca  artikel ini.