Assalamualaikum w.b.t
Saya rasa saya salah seorang daripada beribu orang yang mengikuti blog Hanis Zalikha, walaupun saya hanyalah pembaca senyap. Boleh dikatakan setiap tulisan beliau saya ikuti. Saja baca pandangan/idea/tips daripada orang muda. Kalau sesuai, boleh dipraktikkan.
Sekarang ni, beliau duk promote kepada pengikut/pembaca blog beliau untuk vote blog beliau (inibelogsaya.blogspot.com) untuk Nuffnang Asia-Pasific Blog Awards 2011 bagi kategori most influence blog. Sementara menunggu untuk bercuti panjang ni, sementara masih sempat ni, apa salahnya saya membuang undi untuk beliau. Mudah-mudahan usaha saya yang tak seberapa ni dapat membantu beliau menjuarai kategori tersebut.
Mudah saja untuk mengundi, pergi je ke web Nuffnang dan ikutlah arahan yang diberikan. Saya pun tak pandai sangat nak detailkan di sini. Semoga beliau berjaya.
Terima kasih membaca artikel ini.
Thursday, November 17, 2011
Monday, October 31, 2011
Saya Memandu Hari Ini
Assalamualaikum w.b.t.
Saya memandu hari ini? Macam tak caye je kan? Tapi itulah kisahnya. Biasanya saya menunggang. Tapi memandangkan motor saya asyik buat hal je semenjak dua nih..Tambah lagi dengan perut yang sudah memboyot amat ni. Angin saya. Tapi mungkin juga dia merajuk. Selepas bertahun bersama denganya, akhirnya saya buat keputusan untuk curang dengannya. oh...jangan salahkan diriku.
Hidup ni kan memerlukan kita bergerak ke depan. Tak gitu?? Jadi saya pun ingin ke depan jugak walaupun agak lambat. Lebih baik lambat daripda tak bergerak langsung. Lepas je dapat lesen kereta, saya mula slow-slow belajo bawak kete tapi hubby mesti ada kat sebelah. Mula-mula memang seram walhal bawak motor lagi bahaya.
Tapi faham-faham je lah bila cik abang@lelaki kat sebelah, lebih-lebih lagi kereta tu dia yang punya, bising jer mulut dia. Bengkek juga dibuatnya. Tapi buat pekak badak sambil hati bebel. Malam ni aku tak masak karang. Baru tau. Tapi sayangnya..kata-kata itu hanya bergema dalam hati. Yelah kalau kat bibir karang, perit pulak pipi. Hahahahaha...
Tapi hari ini, buat pertama kalinya, saya bertekad memandu sendiri ke tempat kerja walaupun kecut perut dalam keadaan hujan lebat. Dan akhirnya, sampai jugak ke ofis. Macam tak caya jer. Saja parking kete jauh-jauh. Taknak budak-budak ofis nampak.Nasib baik takde lori@JCB@kenderaan berat lain. Kalau tak, memang scary movie.
Ok, cabaran pergi kerja dah setel, cabaran balik kerja pulak menanti 5.30petang nanti. Risau nak naik flyover nanti. Apa pun naik motor LAGI BEST!!!
Terima kasih kerana membaca post ni.

Friday, October 21, 2011
Berpesan-pesananlah Kita Dengan Kata-kata Imam Al Ghazali
Assalamulaikum w.b.t.
Wah...tajuk entri....^_^oklah kat sini saya nak kongsi sedikit ilmu iaitu kata-kata Imam AL Ghazali yang saya petik dari email yang saya terima. Maka renung-renungkanlah. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk pula kita jadikan sempadan.
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal
memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Tuesday, October 18, 2011
Selamat Berangkat
Assalamualaikum w.b.t.
Menunaikan haji ke Baitullah merupakan Rukun Islam yang kelima. Sekaranglah masanya menunaikan rukun tersebut. Setiap orang dari kita yang beragama Islam haruslah menyimpan impian untuk menjejakan kaki ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji. Begitu juga dengan diri saya. Tak tahulah bilakah impian itu tercapai.
Boleh dikatakan setiap hari suratkhabar mahupun berita kat TV memaparkan cerita-cerita berkenaan dengan orang-orang yang terpilih pergi menunaikan haji dengan versi yang tersendiri. Perasaan gembira dan teruja para jemaah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Yalah kan, sekian lama mengumpul duit, berdikit-dikit, akhirnya impian yang sudah sekian lama tersemat diminda dapat dilaksaanakan akhirnya.
Begitu juga dengan boss saya, En Abdul Wahab. Alhamdulillah tahun ni beliau dan isteri beserta ibu mentuanya dapat menunaikan rukun islam yang kelima ini. Hari ini beliau berangkat ke Kelana Jaya dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan jam 10pagi. Di ruangan blog ini, saya nak minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat ikut serta hantar ke airport tadi. Kebetulan pula saya ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Tak dapatlah saya berkongsi kesedihan sekali. Apapun saya mendoakan agar semuanya selamat. Selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa doakan saya supaya bersalin dengan jayanya. Semoga boss mendapat haji mabrur.
Cerita pasal hantar orang pergi haji ni, masa kecil-kecil dulu suka sangat ikut tokwan pergi hantar orang nak pergi haji kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Pakat ramai-ramai sewa van. Boleh dikatakan hampir satu kampung turut serta. Kata orang ambil berkat. Mungkin lain kali giliran kita pulak. Siap bawa bekal dengan tikar. Macam nak pergi berkelah jer. Maklum sajalah airport dengan kampung jauh. Petang-petang dah bertolak. Flight berlepas selalunya pada waktu malam.
Maka ramai-ramailah bentang tikar kat atas padang sambil makan-makan. Masa tu saya masih bersekolah rendah. Tau rasa seronok jer. Tak ambil kisah orang-orang yang sedih, teresak-esak, sedu-sedan. Tambah lagi waktu tu, ada orang meniaga macam-macam. Lagila seronok walaupun tak beli apa-apa. Saya kan orang susah. Nak merasa macam budak-budak zaman sekarang ni, memang taklah.
Memang nostalgia betul kalau dikenang-kenangkan kembali. Sekarang saya dah besar. Dah jadi mak orang pun. Kenangan tu dah bertahun saya tinggalkan. Kehidupan yang serba daif juga sudah lama saya tinggalkan. Sekarang ni saya tak pasti ada lagi ke tak orang yang hantar haji macam tu lagi. Saya pun dah lama tak hantar orang pergi haji.
Semoga ditahun mendatang, saya diberi kesempatan oleh Allah menunaikan haji bersama suami tersayang. Amin.

Tuesday, October 11, 2011
Jalan-jalan ke Taman Teruntum
Assalamualaikum w.b.t.
Kadang-kadang dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, kita lupa pada orang yang tersayang, yang amat memerlukan perhatian daripada kita. Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan kita tidak kira dari segi kerjaya mahupun aktiviti lainya memerlukan komitmen yang penuh daripada kita. Dari segi kerjaya contohnya, kadang-kadang kita terpaksa korbankan masa kita demi memenuhi tuntutan kerjaya hinggakan kita lupa yang sebenarnya kita mencari rezeki adalah untuk menyara keluarga.
Apa punya panjang intro daa..., padahal saya ingin kongsikan cerita saya dan suami bawa Hanum berjumpa dan berkenalan dengan binatang-binatang di mini zoo Taman Teruntum, yang terletak di bandar Kuantan. Kat sini takdelah banyak sangat pun binatang-binatang. Tak macam dekat zoo negara kat KL tu. Tapi dikira BOLEH lah kalau nak bawa keluarga terutama anak-anak beriadah sambil menghabiskan masa bersama keluarga.
Lebih-lebih lagi anak-anak kecil. Pasti diaorang berasa seronok yang amat kalau dapat keluar dengan ibu dan ayah selepas saban hari ibu dan ayah asyik sibuk dengan kerja-kerja yang tak sudah di pejabat tu. Sekali-sekala bawa anak-anak keluar, dapat mengeratkan kasih sayang dan menambahkan kemesraan di kalangan ahli keluarga. Ayat skema ni.
Saya kalau ke Taman Teruntum, saya paling suka tengok monyet yang tangan panjang tu, yang selalu melakukan aksi-aksi manja untuk tarik perhatian orang. Kadang-kadang minta pengunjung gosok belakangnya. Bukan main lagi mengadanya dia. Sudah lama juga saya tak ke sini, nampak macam ada sedikit penambah baikan macam pagar didirikan sekeliling sangkar monyet tu. Mungkin taknak orang ramai terutama kanak-kanak terlalu dekat dengan monyet tersbut, Almaklumla monyet tu tangannya panjang. Monyet tu juga sudah berteman sekarang.
Selain monyet, burung unta adalah tarikan terbaru bagi saya sebab sebelum ni takde pun saya perasan bururng unta kat situ. Kali ni saya tak berkesempatan pun nak pusing seluruh zoo sebab tak larat nak bawa diri nak panjat bukit. Zoo Taman Teruntum ni terletak di kawasan sedikit berbukit. Mahu semput dibuatnya. T___T
Si Hanum takdela teruja sangat tengok binatang-binatang berkenaan. Maklumlah sajalah penakut. Dengan kucing pun takut apatah lagi binatang yang jarang-jarang jumpa. Lagi besar, lagi kuat bunyi, lagi kuat takutnya. Ummi dengan abahnya je yang terlebih teruja. Hehehe
Kat sini pun disediakan juga playground untuk kanak-kanak. Pemandangan pun boleh tahanlah. Hijau mata memandang. Suasana pun tenang je. Memang sesuai la untuk bawa famili di hujung minggu. Apa kata kita layan gambar supaya dapat sikit gambaran. Mana tau lepas ni nak datang berkunjung ke.
Sekian sajalah jalan-jalan kali ni. Lain kali kita ke tempat lain pulak ye. Bawa-bawalah anak-anak tu keluar sekali sekala. Biar diaorang rasa seronok. Tiada apa yang lebih penting dari anak kita kerana merekalah harta kita dunia akhirat. Wassalam.

| Hanum dan abahnya berlatarbelakangkan burung unta |
| Hanum nampak macam budak besar bila pakai macam ni. Maklumla orang dah nak jadi kakak. |
| Antara burung yang ada di Taman Teruntum. Tapi tak tau apa ke namanya |
| Haa..ni la monyet yang saya ceritakan tu. Buat-buat termenung pulok |
| Tengoklah aksi dia tu.. |
| Mentanglah tangan dia panjang. |
| Antara buaya yang terdapat di sini. |
| Macam geli je tengok buaya ni. Nampak pengotor. Macam mana orang yang jadi crocodile hunter tu ye |
| Dua ekor burung unta |
| Pemandangan yang hijau |
| Sejuk mata memandang |
| Antara kudapan yang terdapat di sini. Harga macam biasa. RM1 satu cucuk kecuali udang tu, tak ingat berapa |
Tuesday, October 4, 2011
Syawal Sudah Pun Berlalu...Bulan Haji Pula Datang
Assalamulaikum w.b.t.
Sudah beberapa hari syawal berlalu. Tetapi kemeriahan syawal masih terasa buat diri saya. Syawal tahun ni, saya rasa amat meriah walaupun pada hakikatnya saya tidak berbaju raya pun di pagi raya yang lalu. Saya macam mokcik-mokcik je pagi raya tu. Berkain batik dan berbaju T. T____T
Maklumlah dengan keadaan diri yang sedang sarat membawa perut, saya lebih selesa dengan cara begitu. Tambah lagi dengan cuaca panas, tetamu pulak ramai yang berkunjung. Mau berpeluh ketiak dibuatnya. Ditambah lagi dengan Hanum yang asyik merengek je.
Raya tahun ni juga catat sejarah yang tersendiri buat diri saya dan keluarga pabila abang ipar saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke rumah orang tua saya selepas hampir lima belas tahun menikah dengan kakak saya. Dahlah datang dengan rombongan cik kiah tapi saya tak bersnap sangat. Rugi pula rasa.
Saya pun cuma beraya ke rumah adik-beradik saya je. Rumah kawan-kawan pun saya tak pergi. Diaorang pun tak datang bertandang ke rumah saya. Kecil hati saya. Macam saya memang susah nak bergerak. Takde transpot. Kebetulan suami pula kerja. Sudahnya tumpang orang je la saya ni.

Friday, September 30, 2011
Bapa Hiba Anak ke Tali Gantung
Assalamualikum w.b.t.
Bapa hiba anak ke tali gantung. Begitulah tajuk utama Berita TV9. Sebenarnya saya pun turut hiba bila melihatkan si bapa memeluk si anak sambil mengalirkan air mata walhal saya tidak kena mengena pun dengan individu tersebut. Jauh sekali mengenalinya.
Apa yang membuatkan saya mengalirkan air mata ialah apabila si bapa yang sudah memasuki usia senja mengalirkan air mata. Hati bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayang, ditatang bagai minyak penuh membuat onar hingga membawa dirinya ke tali gantung.
Hati bapa mana yang tidak ralat anak yang diasuh sejak kecil hingga berjaya ke universiti, memegang segulung ijazah membuat kesilapan, lalu membawa dirinya ke lembah hina.
Hati bapa mana yang tidak rawang bila di usia yang sebegitu, hanya mampu melihat anak mengakhiri nyawa di usia yang muda di tali gantung. Berkecai segala harapan, musnah semua impian. Apakan daya. Bukan kecil kesalahan yang dilakukan si anak. Mengedar nganja. Undang-undang tidak kenal muda atau tua. Lelaki atau perempuan bila sudah melakukan kesalahan.
Wahai si anak, tidakkah kamu berfikir sebelum kamu melakukan sesuatu. Pernahkah kamu berfikir akibat daripada perbuatan kamu. Pernahkah kamu melihat kepada kedua ibubapa kamu sebelum kamu melangkah. Tega ke kamu melihat kedua orang tuamu mengalirkan airmata akibat daripada perbuatan kamu. Bila dah jadi macam ni, menangis air mata darah sekalipun takkan mengembalikan kamu kepada mereka.

Wednesday, September 28, 2011
Semalam Yang Kusesali
Assalamualaikum w.b.t
Sebaik sahaja pulang dari kerja semalam, terus tuju ke taska ambil Hanum kat sana. Kebetulan suamiku kerja shift petang hari ni. Jadi aku mesti pulang tepat pada waktu untuk tidak lambat ambil Hanum kat taska. Sudah jadi prinsipku untuk tidak membiarkan Hanum berada terlalu lama dalam jagaan orang.
Sengaja kubawa Hanum jalan-jalan ke kedai supaya dia tak bosan sepanjang hari asyik berada di taska. Biarkan dia bermain dengan kereta mainan sampai dia puas.
Balik ke rumah, terus Hanum tuju ke depan tv, ambil remote control lalu dihulurkan kepadaku. Tandanya dia minta aku pasangkan cerita animasi kegemaranya, Upin & Ipin ataupun Boboiboy. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia gemar sangat dengan dua cerita tu. Tengok berulang-ulang kali sampaikan aku rasa dah jemu tahap gaban.

Kalau dapat tengok cerita kartun kegemaranya,mesti ambil tiket paling depan. Puas sudah kumarah, puas sudah kupesan, dia buat derk jer. Geramnya aku.
Akhirnya kubiarkan saja dia tonton tv sorang-sorang, sementara ku bereskan kerja-kerja lain. Sebaik saja ku keluar dari bilik jam 9.05mlm, aku tengok dia dah terlena berbantalkan kusyen. Alahai.....kesiannya anak aku.
Pagi tadi, masa aku nak ke ofis pun Hanum belum bangun lagi, aku sengaja tak kejutkan dia kerana aku mahu dia jumpa dengan abahnya memandangkan sudah satu hari dia tak jumpa abahnya. Lagipun aku juga mahu suami ikut sama bertanggungjawab dalam menguruskan hal anak.
Sampai di ofis, tiba-tiba hatiku jadi sayu. Setelah kuamati, fikir-fikirkan kembali, rupanya aku tak juga tak sempat bermanja dengannya lantas aku menyesal kerana membiarkannya tidur awal sedangkan untuk menunggu habis waktu kerja, aku rasakan amat lama.
Saturday, September 24, 2011
Terima Kasih Kepada Yang Tak Lupakan Saya
Assalamualaikum w.b.t.
Biasalah kan kalau pergi bercuti@melancong ke mana-mana, kita mesti tidak lupa untuk membeli cenderahati buat rakan taulan yang tak pergi. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang pergi mengikuti trip ke Pulau Redang, tak lupa belikan cenderahati untuk saya. Terima kasih pada semua.
Sekurang-kurangnya ceria sikit hati saya yang tak dapat pergi ni. Sayalah yang selalu tak dapat nak ikut bila kampeni duk bawak staff pergi bercuti. Sayalah yang selalu yang setia menjaga pejabat bila orang lain duk seronok pergi bercuti. Selalu je macam tu. Macam kali ni, macam tak berapa nak sesuai je saya nak ikut bila saya sedang hamil lapan bulan. Tambah-tambah lagi pergi pulau kan.
Tapi saya suka bila diaorang semua duk bagi cenderahati untuk saya walaupun harga tak seberapa. Bendanya pun kecil je. Kali ni juga, kampeni pun ikut sama bagi cenderahati. Nak ambil hati saya kot. Hehehehe...tak baik tau cakap macam tu.
Keropok lekor pun dapat juga tapi dah dicuri dek monyet. Takde rezeki. :D

| Trip kali ni dengan tema santai @ redang island 2011 |
| Ini hadiah daripada ofis |
| Yang ni daripada kawan-kawan. Terima kasih buat Yati, Sheila dan juga Ina. |
| Yang ni Hanum punya, terima kasih pada Wani. |
Keropok lekor pun dapat juga tapi dah dicuri dek monyet. Takde rezeki. :D
Tuesday, August 16, 2011
Saya Kembali
Yezza....
Saya kembali ke pejabat setelah hampir 2 minggu saya MC. ^_^ Saya mulakan ramadhan kali ni dengan penyakit congjungtivitis (tolong betulkan kalau salah ejaan) atau orang biasa panggil sakit mata. Virus ini semuanya dibawa oleh Hanum kepada saya dan suami. Sebagai ibu dan bapa, maka kami berasa amatlah kasihan bila si kecil Hanum mula membawa tanda-tanda sakit mata. Kami terpaksa mengkuarantin Hanum di rumah dan tidak sangka sama sekali, saya dan suami terkuaratin sama. Berkurung je la kami tiga beranak di bulan puasa yang mulia ini sampaikan si Hanum dah bosan tahap gaban. Pantang buka pintu, laju je ke muka pintu , ambil selipar.
Rasa kesian juga tapi apakan daya. Sengsara juga sakit mata ni. Maklumlah kali terakhir saya terkena penyakit ni, sewaktu berumur 16 tahun. Sudah berbelas tahun rupanya. Dah tak ingat macam mana rasa. Tapi kali ni agak teruk sampaikan mata asyik nakm tertutup jer dek kerana bengkak, kelopak mata pulak berdarah atau mungkin juga virus alaf baru. Kuman jadi makin kuat. B. tapi betul ke macam tu?
Macam-macam cara saya lakukan untuk memulihkan mata saya yang merah dan sentiasa berair tu. Tuam dengan air batu, cuci dengan kapas basah, lap dengan kain basah. Kesemua usaha tersebut sekurangnya dapat meredakan sakit mata yang saya alami. Tapi yang sebenar-benarnya cuci mata dengan air bersih dengan kerap adalah cara yang terbaik. Ingat tangan je ke kena sentiasa basuh dengan air untuk elak kuman.
Lagi satu, jangan sesekali menggosok mata dengan jari atau kain secara kasar kerana boleh menyebabkan berlaku luka dalam mata, walaupun pada masa tu mata gatal sangat-sangat. ^_^
Satu lagi info yang ingin saya kongsi tentang sakit mata ni adalah tentang pemakanan. Banyak benda yang tak boleh dimakan atau lupakan buat sementara waktu seperti semua jenis kategori seafood, ayam, kebanyakan jenis ikan. Makanan yang digalakkan pula seperti buah-buahan, sayur-sayuran, masih boleh makan daging tapi dalam kuantiti yang sedikit dan ikan selayang atau selar sahaja.
Saya paling banyak ambil jus untuk mengembalikan sistem kekebalan tubuh bagi mempercepatkan proses pemulihan. Saya juga elakkan makanan yang tak boleh dimakan seperti yang saya senaraikan tadi bagi mengelakkan mata gatal dan bengkak seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Sentiasa cuci tangan dengan air terutamanya selepas menyentuh mata untuk memastikan kuman tidak merebak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Apa yang kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata atau apa yang saya amalkan sewaktu sakit mata. Semoga ianya dapat memberi panduan kepada kita semua.
Thursday, July 21, 2011
Assalamualaikum w.b.t
Dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan yang kadangkala merumitkan. Setiap pilihan yang kita putuskan memang mengandungi risiko yang tersendiri. Terpulang kepada empunya diri untuk membuat pilihan atau risiko yang macam mana dia nak ambil.
Macam saya sekarang, saya berfikir-fikir, menimbang-nimbang ingin bertukar angin. Ingin mencari perkerjaan lain di luar bidang kemahiran yang saya miliki, namun jauh di sudut hati, jelas saya tidak berani nak ambil risiko yang sebegitu. Memandangkan komitmen saya agak tinggi, sukar bagi saya membuat keputusan tanpa berfikir semasak-masaknya.
Kadang-kadang saya cemburu jugak bila melihat orang lain dengan mudah bertukar kerja. Meraih pendapatan yang lebih tinggi. Saya menganggap rezeki yang ditentukan untuk saya masih di sini.
Ya..saya akui saya seorang yang low profile. Tidak suka uar-uarkan apa yang saya nak buat mahupun apa yang telah saya capai dalam hidup saya. Itulah saya. Tidak seperti rakan lain, beli kasut baru pun mahu kecoh satu kampung.
Saya tak mahu sifat-sifat yang macam tu bersarang dalam diri saya yang akhirnya membuatkan saya membanggakan diri seterusnya lupa diri di bumi tuhan ini.
Wassalam.

Monday, May 16, 2011
Ketua Yang Tak Layak
Assalamulaikum w.b.t
Lama sudah saya tak menulis diruangan blog ni. Bukan la sibuk sangat, cuma tak berapa sihat je kebelakangan ni. Bila tak sihat, otak pun macam beku je. Setelah sekian lama, maka hari ini saya kembali berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi membacanya...T__T Kesian kat suami saya. Pagi-pagi lagim sudah dikata orang. Bukan ke mengata kat belakang tu sama erti dengan MENGUMPAT?
Memangla semalam suami saya terpaksa lambat sikit pergi kerja sebab kena hantar Hanum ke taska memandangkan hujan lebat pagi semalam. Awal-awal lagi suami dah sms ketua dia, menyatakan alasan kenapa dia lambat. Tapi lain pulak jadinya, bilamana ketua dia memaklumkan hal tersebut dalam briefing. Bagi saya ketua dia tak perlu buat macam tu. Sebagai seoarng ketua, beliau patut ambil tahu masalah orang bawahan dan simpan rahsia mereka. Bukannya mendedahkah depan pekerja lain. Daripada orang lain tak tahu, jadi tahu. Bukan ke menjatuhkan air muka orang bawahan tersebut. Lagipun tujuan orang bawahan memberitahu sesuatu bukanlah sekadar memaklumkan sesuatu. Tetapi mengharapkan juga pengertian daripada ketua dia.
Berbalik pada cerita suami saya tu, saya cakap kat suami, sabo aje la. Anggaplah sebagai satu dugaan makan gaji dengan orang. Di akhir kata, saya doakan agar ketua suami saya tu akan lebih mengerti dan memahami anak buah selepas ni agar lebih disenangi dan disayangi anak buah. Wassalam.
Thursday, April 14, 2011
KENAPA AKU DIUJI
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “sedangkan mereka tidak diuji?(2) Dan sesungguhnya kami telah menguji oran-ornag yang seblum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)”
Surah Al-Ankabut : 2-3
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah…….”
Surah Al-Baqarah : 21
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
“….boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al Baqarah : 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (keupayaannya)…”
Surah Al Baqarah : 286
RASA KECEWA ? ( FRUST?)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.”
Surah Al Imran : 139
BAGAIMANAKAH AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu Berjaya (mencapai kemenangan).”
Surah Al Imran : 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk”
Surah AL-Baqarah : 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…..”
Surah At Taubah : 111
KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?
“cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”
Surah At Taubah : 129
AKU TENSION! AKU DAH TAK T AHAN LAGI!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.”
Surah Yusuf : 87
Thursday, March 31, 2011
Al Fatihah
Assalamualaikum w.b.t
Wasalam.
Kelmarin dan semalam saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan di mana 2 kematian telah berlaku pada orang-orang yang berada di sekitar saya. Yang pertama ayah kepada kawan satu ofis dengan saya. Arwah meninggal kerana penyakit batu karang dalam hempedu. Sudah agak lama juga arwah menghidap sakit tu. Itu hari dah nak operate tetapi arwah demam, dan doktor tangguhkan dulu operation tu tapi tak sangka pulak arwah pergi dulu tanpa sempat menjalani pembedahan.
Saya sempat menziarahi ke rumah kawan saya tu. First time saya sampai ke Felda Kg New Zealand. Tak sangka saya pergi ke oversea. :P
Dan satu kematian lagi ialah bapa kepada biras saya. Arwah batuk berdarah dan meninggal tengah hari semalam. Sebelum ni arwah sehat saja. Al fatihah buat kedua-dua Allahyarham. Moga Allahyarham berdua di tempatkan di kalangan orang beriman.
Kematain adalah satu yang pasti cuma kita tak tahu bila giliran kita dan bagaimana cara kita mati.
Thursday, March 24, 2011
Kalau sudah tidak percaya, apa guna kutunggu lagi
Assalamualaikum w.b.t
Marah dan kecewa. Memang aku marah bila hasil kerja aku tak dihargai. Memang aku kecewa bila penat lelah, jerih payah aku sia-sia saja. Ikutkan hati, mahu saja aku angkat kaki. Apa guna aku tunggu lagi.Untuk apa aku memberi andai tidak dihargai. Bukanlah aku meminta untuk dipuji jauh sekali untuk membangga diri. Aku bukan nak nama, bukan nak glamer apalagi gila kuasa. Tapi aku memang sakit hati. Berhari aku menghabiskan masa, menyiapkan tugasan yang diberi tapi ini pulak yang aku dapat. Yang paling aku bengang, akibatnya aku yang kena tanggung. Terasa bongek je kan..Kalau tak fikir panjang, hari ni juga aku hantar surat resign.
Kepada en. boss tersayang, hari ni saya letak jawatan kerana en. boss sudah tidak memerlukan saya lagi. Apa yang saya buat, en boss tak pernah nampak pun. Selamat tinggal en. boss.
Boleh ke tulis surat macam tu. Lepas tu mesti en boss jawab macam ni :
" memang patut pun engkau berhenti. Aku memang taknak dah kau kerja kat sini. Kau nak belah ni, lagi aku suka. Tak habis duit aku bayar gaji kau."
Tapi aku pasti boss aku tak akan cakap macam ni. Boss aku seorang yang baik hati. Sayang sangat kat staff-staff dia. Staff je kadang-kadang ambil kesempatan tapi tak termasuk aku la. Sebab aku jenis tak pandai. Penakut pulak tu. Ku pujuk hati, sabarlah dulu. Bukankah sabar itu separuh daripada iman?? Fikirkan yang positif je. Selalunya macam tu lah cara aku menenangkan diri sendiri. Aku sentiasa ingat pesan cikgu aku masa sekolah dulu. Katanya :
" biarpun kita banyak masalah, biarpun kita tengah sedih bagai nak rak, sebolehnya jangan tunjukkan depan orang yang kita ada masalah, sebolehnya jangan tunjukkan kesedihan kita. Simpan untuk hanya tunjukkan kepada Allah s.w.t. Mintalah pertolongan dan petunjuk dari Dia. Hanya Dia Maha Mengetahui."
Aku pegang kata-kata cikgu aku ni sampai sekarang. Sebab tu aku lebih suka diamkan sahaja bila aku ada masalah. Aku beres sendiri je. Dalam hal ni, aku bersabar jer. Buat seolah tiada apa yang berlaku. Buat kerja aku macam biasa. Buat semuanya seolah tidak menjadi kudis kepada aku. Apa pun aku hanya berserah.

Wednesday, March 16, 2011
Tips Memagar Rumah
Assalamualaikum w.b.t
Kali ni saya nak bagi sedikit tips macam mana nak pagar rumah kita dari gangguan makhluk halus mahupun pencuri/perompak/penyamun dan yang seangkatan dengannya. Sekarang ni kan banyak kes pecah rumahkan. Ngeri jugak. saya bagi ni, amalkan ye. Kalau tak amalkan takde maknanya. Pastinya tak menjadi LOL. Caranya adalah seperti berikut:
Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan
semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan
kita
ada satu tembuk yg amat keba! l. Sesudah selesai membaca ayat kursi
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya
adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya
pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman
pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal
kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya
tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya
rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan
mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik
dan tunjukkan dia jalan keluar.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk
mereka.Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara
membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu
hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca
ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali
tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari
dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan
masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang
masuk tak jumpa jalan keluar pulak

Friday, March 11, 2011
Jari Saya Penat
Dua hari kebelakangan ni, jari jemari saya yang halus lagi mulus ni berasa sedikit kepenatan. Mana tak penatnya berpuluh keping form nak kena isi. Nak kena rekod semua material yang sampai ke site. Kebelakangan ni sibuk sangat sampaikan takde masa nak semak file. Mesti dah tunggang langgang. Tambah pulak dua hari ni merekod material. Asyik-asyik tulis Membina dan menyiapkan.....pas tu crusher run. Pas tu tulis lagi membina dan menyiapkan..........pas tu crusher run lagi sampaikan berpuluh keping pun nak kena tulis benda yang sama. Hee....ok ummi hanum..stop membebel. Sambung tulis lagi. Chow seng chi
Wednesday, March 9, 2011
Nyaris Kemalangan
Pulang dari kerja sebaik sahaja tamat waktu (macam lagu Sudirman :D) Motor Kriss kutunggang dengan penuh berhati-hati. Wajah anak kecilku, si Hanum Fadhilah sentiasa kusematkan diminda. Tujuan aku berbuat begitu, adalah untuk mengingatkan diri bahawa aku ni ada anak kecil. Jadi aku kena lebih berhati-hati. Kalau apa-apa jadi pada aku, apa pula nasibnya nanti. Berbalik pada cerita balik dari kerja tadi. Dalam perjalanan, dari cermin pandang sisi, aku ternampak satu kereta jenis Perodua Kembara dipandu agak laju, memintas sebuah trellar. Dan bila kereta tersebut memintasku, secara tiba-tiba kereta tersebut menuju ke bahu jalan. Aku ingatkan kereta tu nak berhenti di bahu jalan, tapi secara tiba-tiba masuk semula ke lorong kanan dan..sreettttt........(macam apa je :P). Bunyi brek yang kuat disertakan dengan bau hangit. Terhoyong-hayang kereta tersebut akibat membrek secara mengejut. Aku yang terkejut dengan kejadian tersebut berasa sedikit trauma namun aku sempat mengucapkan syukur kerana tidak berlaku eksiden. Cuma hampir beberapa saat sahaja kereta yang dipandu laju tersebut akan menghentam kereta lain di lorong paling kanan atau motorsikal di bahu jalan. Sekiranya berlaku eksiden, aku rasa aku tak boleh bawa motor/kereta lagi dah. Trauma weh. Kejadian yang sikit tu pun, buat aku dah takut. Walaupun kita memandu dengan cermat sekalipun, tetapi kecuaian segelintir pemandu lain tetap membahayakan kita juga. Tambah lagi penunggang motorsikal macam aku ni. Dilanggar jatuh, melanggar pun jatuh. Kadang-kadang aku bengang juga dengan pemandu-pemandu kenderaan empat tayar ni. Mentang dia orang besar, bayar cukai mahal, sesuka hati memotong ikut kiri, tanpa mempedulikan penunggang motorsikal macam aku ni. Kalau penunggang menunggang kat tengah sikit, mula la bla...bla..bla.. Itu tak kira lagi kalau nak masuk simpang sebelah kiri, main masuk jer. Takde nak bagi signal dah. Terpaksalah penunggang motorsikal macam aku ni yang kena membrek untuk memberi laluan. Itu menunjukkan betapa tidak penyabar, tidak prihatin, tidak disiplin, tidak bertanggungjawab dan tidak reti bahasa. Segelintir pemandu yang macam ni, dia ingat jalan ni mak bapak dia punya. Penunggang macam aku ni berasa teraniaya dan mula la aku berkata, "e...kereta ni, dahla tak bagi signal, main masuk je, tak nak eksiden tu" selalunya itulah ayat spontan keluar dari mulut aku. Tanpa aku sedar itu semua merupakan doa. Jauh sekali aku mengharapkan orang lain eksiden sebenarnya tapi bila hati dah sakit, terlepas juga kata-kata yang tak sedap dan tak elok di pendengaran. Jadi kepada semua tak kiralah pemandu atau penunggang atau apa sahaja jenis kenderaan yang anda bawa, marilah kita bersama mengelakkan kemalangan jalan raya, elakkan menyakitkan hati orang lain agar tiada orang mendoakan yang tidak baik kepada kita.Sentiasa ingat orang-orang yang kita sayang dan orang yang menyayangi kita. Selain itu, kita juga harus ingat bahawa pemandu lain juga mempunyai orang kesayangan mereka. Jangan membiarkan orang yang kita sayang menagisi kepergian kita atau membiarkan orang lain menangis di atas kesilapan kita. Sekian, wasalam.
Tuesday, March 8, 2011
Berdua Lebih Baik
Berdua denganmu, menggembirakanku...berdua denganmu, aku rasa bahagia....berdua denganmu,aku bergelak ketawa.....berdua denganmu, aku rasa terhibur....berdua denganmu, hilangh resahku.....berdua denganmu, aku jadi tidak menentu....berdua denganmu,aku bercelaru.....berdua denganmu,lenaku terganggu....berdua denganmu, berantakan rumahku....berdua denganmu, tidak berasap dapurku....berdua denganmu,berkeroncong perutku....berdua denganmu, pincang kerjaku.....berdua denganmu, tidak kusyuk solatku......macam mana nak kusyuk solatku...kalau kau pegang hidungku waktu aku sedang bersolat....bertuah punya budak.....^^
Friday, February 18, 2011
Poligami
Poligami mengikut kefahaman saya ialah seseorang lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dalam sesuatu masa. Saya buat entri ni sebab tazkirah pagi tadi adalah berkenaan dengan poligami. Jarang orang bertazkirah pasal poligami sebab tak berapa nak sesuai sangat. Tazkirah ni biasanya adalah untuk memberi kesedaran seterusnya keinsafan kepada orang ramai. Oleh itu, saya pasti ramai yang kurang bersetuju terutamanya wanita bila menyentuh soal poligami termasuklah saya. Berbalik pada tazkirah tadi, yang menarik perhatian saya ialah kelebihan berpoligami adalah untuk membantu balu-balu yang kematian suami. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kebanyakan lelaki yang nak berkahwin lebih dari satu ni jarang memilih balu lazimnya memilih perempuan yang muda, yang cantik, yang seksi, gebu dan berbagai lagi lah. Barulah ada kelas. Tak gitu?
Poligami ni pernah berlaku kepada saudara dan kenalan saya yang mana kenalan saya ni adalah isteri kedua. Perkahwinan beliau cuma bertahan dua tahun sahaja. saya pun tak tahu kenapa. Bukannya mereka berkahwin tanpa restu isteri pertama walhal hubungan kenalan saya dengan madunya sangat rapat. Saya mengandaikan jodoh mereka hanya setakat itu. Saudara saya ni pula merupakan isteri pertama. Dimadukan oleh suaminya tanpa pengetahuannya. Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun. Akhirnya saudara saya dapat hidu juga yang suaminya dah bernikah lagi satu di selatan Thai. Saudara saya tidak melatah malah menolong suaminya mendaftarkan pernikahan mereka di mahkamah syariah. Sayalah yang banyak menami beliau. Waktu proses pendaftaran tu, banyak sangat peristiwa yang berlaku, yang saya kutip dan jadikan sebagai pengajaran dan teladan. Agar saya lebih berhati-hati melayari alam rumahtangga.
Oklah, saya pun taknak komen panjang (walaupun dah agak panjang) pasal poligami ni. Kepada sang suami, janganlah jadikan poligami sebagai alasan mengikut sunnah. Wahai sang gadis, jangan sangkakan menjadi isteri kedua, ketiga mahupun yang keempat itu mudah.

Wednesday, February 16, 2011
Salam Maulidur Rasul
Salam maulidur rasul buat semua. Sesama kita memperbanyakkan selawat & salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Semoga kita tergolong dikalangan orang yang mendapat syafaat baginda.
Subscribe to:
Comments (Atom)