Thursday, March 24, 2011

Kalau sudah tidak percaya, apa guna kutunggu lagi

Assalamualaikum w.b.t

Marah dan kecewa. Memang aku marah bila hasil kerja aku tak dihargai. Memang aku kecewa bila penat lelah, jerih payah aku sia-sia saja. Ikutkan hati, mahu saja aku angkat kaki. Apa guna aku tunggu lagi.Untuk apa aku memberi andai tidak dihargai. Bukanlah aku meminta untuk dipuji jauh sekali untuk membangga diri. Aku bukan nak nama, bukan nak glamer apalagi gila kuasa. Tapi aku memang sakit hati. Berhari aku menghabiskan masa, menyiapkan tugasan yang diberi tapi ini pulak yang aku dapat. Yang paling aku bengang, akibatnya aku yang kena tanggung. Terasa bongek je kan..Kalau tak fikir panjang, hari ni juga aku hantar surat resign.

Kepada en. boss tersayang, hari ni saya letak jawatan kerana en. boss sudah tidak memerlukan saya lagi. Apa yang saya buat, en boss tak pernah nampak pun. Selamat tinggal en. boss.

Boleh ke tulis surat macam tu. Lepas tu mesti en boss jawab macam ni :

" memang patut pun engkau berhenti. Aku memang taknak dah kau kerja kat sini. Kau nak belah ni,   lagi aku suka. Tak habis duit aku bayar gaji kau."

Tapi aku pasti boss aku tak akan cakap macam ni. Boss aku seorang yang baik hati. Sayang sangat kat staff-staff dia. Staff je kadang-kadang ambil kesempatan tapi tak termasuk aku la. Sebab aku jenis tak pandai. Penakut pulak tu. Ku pujuk hati, sabarlah dulu. Bukankah sabar itu separuh daripada iman?? Fikirkan yang positif je. Selalunya macam tu lah cara aku menenangkan diri sendiri. Aku sentiasa ingat pesan cikgu aku masa sekolah dulu. Katanya :

" biarpun kita banyak masalah, biarpun kita tengah sedih bagai nak rak, sebolehnya jangan tunjukkan depan orang yang kita ada masalah, sebolehnya jangan tunjukkan kesedihan kita. Simpan untuk hanya tunjukkan kepada Allah s.w.t. Mintalah pertolongan dan petunjuk dari Dia. Hanya Dia Maha Mengetahui."

Aku pegang kata-kata cikgu aku ni sampai sekarang. Sebab tu aku lebih suka diamkan sahaja bila aku ada masalah. Aku beres sendiri je. Dalam hal ni, aku bersabar jer. Buat seolah tiada apa yang berlaku. Buat kerja aku macam biasa. Buat semuanya seolah tidak menjadi kudis kepada aku. Apa pun aku hanya berserah.

No comments:

Post a Comment