Thursday, March 31, 2011

Al Fatihah

Assalamualaikum w.b.t



Kelmarin dan semalam saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan di mana 2 kematian telah berlaku pada orang-orang yang berada di sekitar saya. Yang pertama ayah kepada kawan satu ofis dengan saya. Arwah meninggal kerana penyakit batu karang dalam hempedu. Sudah agak lama juga arwah menghidap sakit tu. Itu hari dah nak operate tetapi arwah demam, dan doktor tangguhkan dulu operation tu tapi tak sangka pulak arwah pergi dulu tanpa sempat menjalani pembedahan. 

Saya sempat menziarahi ke rumah kawan saya tu. First time saya sampai ke Felda Kg New Zealand. Tak sangka saya pergi ke oversea. :P

Dan satu kematian lagi ialah bapa kepada biras saya. Arwah batuk berdarah dan meninggal tengah hari semalam. Sebelum ni arwah sehat saja. Al fatihah buat kedua-dua Allahyarham. Moga Allahyarham berdua di tempatkan di kalangan orang beriman.

Kematain adalah satu yang pasti cuma kita tak tahu bila giliran kita dan bagaimana cara kita mati.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment