Wednesday, March 9, 2011
Nyaris Kemalangan
Pulang dari kerja sebaik sahaja tamat waktu (macam lagu Sudirman :D) Motor Kriss kutunggang dengan penuh berhati-hati. Wajah anak kecilku, si Hanum Fadhilah sentiasa kusematkan diminda. Tujuan aku berbuat begitu, adalah untuk mengingatkan diri bahawa aku ni ada anak kecil. Jadi aku kena lebih berhati-hati. Kalau apa-apa jadi pada aku, apa pula nasibnya nanti. Berbalik pada cerita balik dari kerja tadi. Dalam perjalanan, dari cermin pandang sisi, aku ternampak satu kereta jenis Perodua Kembara dipandu agak laju, memintas sebuah trellar. Dan bila kereta tersebut memintasku, secara tiba-tiba kereta tersebut menuju ke bahu jalan. Aku ingatkan kereta tu nak berhenti di bahu jalan, tapi secara tiba-tiba masuk semula ke lorong kanan dan..sreettttt........(macam apa je :P). Bunyi brek yang kuat disertakan dengan bau hangit. Terhoyong-hayang kereta tersebut akibat membrek secara mengejut. Aku yang terkejut dengan kejadian tersebut berasa sedikit trauma namun aku sempat mengucapkan syukur kerana tidak berlaku eksiden. Cuma hampir beberapa saat sahaja kereta yang dipandu laju tersebut akan menghentam kereta lain di lorong paling kanan atau motorsikal di bahu jalan. Sekiranya berlaku eksiden, aku rasa aku tak boleh bawa motor/kereta lagi dah. Trauma weh. Kejadian yang sikit tu pun, buat aku dah takut. Walaupun kita memandu dengan cermat sekalipun, tetapi kecuaian segelintir pemandu lain tetap membahayakan kita juga. Tambah lagi penunggang motorsikal macam aku ni. Dilanggar jatuh, melanggar pun jatuh. Kadang-kadang aku bengang juga dengan pemandu-pemandu kenderaan empat tayar ni. Mentang dia orang besar, bayar cukai mahal, sesuka hati memotong ikut kiri, tanpa mempedulikan penunggang motorsikal macam aku ni. Kalau penunggang menunggang kat tengah sikit, mula la bla...bla..bla.. Itu tak kira lagi kalau nak masuk simpang sebelah kiri, main masuk jer. Takde nak bagi signal dah. Terpaksalah penunggang motorsikal macam aku ni yang kena membrek untuk memberi laluan. Itu menunjukkan betapa tidak penyabar, tidak prihatin, tidak disiplin, tidak bertanggungjawab dan tidak reti bahasa. Segelintir pemandu yang macam ni, dia ingat jalan ni mak bapak dia punya. Penunggang macam aku ni berasa teraniaya dan mula la aku berkata, "e...kereta ni, dahla tak bagi signal, main masuk je, tak nak eksiden tu" selalunya itulah ayat spontan keluar dari mulut aku. Tanpa aku sedar itu semua merupakan doa. Jauh sekali aku mengharapkan orang lain eksiden sebenarnya tapi bila hati dah sakit, terlepas juga kata-kata yang tak sedap dan tak elok di pendengaran. Jadi kepada semua tak kiralah pemandu atau penunggang atau apa sahaja jenis kenderaan yang anda bawa, marilah kita bersama mengelakkan kemalangan jalan raya, elakkan menyakitkan hati orang lain agar tiada orang mendoakan yang tidak baik kepada kita.Sentiasa ingat orang-orang yang kita sayang dan orang yang menyayangi kita. Selain itu, kita juga harus ingat bahawa pemandu lain juga mempunyai orang kesayangan mereka. Jangan membiarkan orang yang kita sayang menagisi kepergian kita atau membiarkan orang lain menangis di atas kesilapan kita. Sekian, wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment