Assalamualikum w.b.t.
Bapa hiba anak ke tali gantung. Begitulah tajuk utama Berita TV9. Sebenarnya saya pun turut hiba bila melihatkan si bapa memeluk si anak sambil mengalirkan air mata walhal saya tidak kena mengena pun dengan individu tersebut. Jauh sekali mengenalinya.
Apa yang membuatkan saya mengalirkan air mata ialah apabila si bapa yang sudah memasuki usia senja mengalirkan air mata. Hati bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayang, ditatang bagai minyak penuh membuat onar hingga membawa dirinya ke tali gantung.
Hati bapa mana yang tidak ralat anak yang diasuh sejak kecil hingga berjaya ke universiti, memegang segulung ijazah membuat kesilapan, lalu membawa dirinya ke lembah hina.
Hati bapa mana yang tidak rawang bila di usia yang sebegitu, hanya mampu melihat anak mengakhiri nyawa di usia yang muda di tali gantung. Berkecai segala harapan, musnah semua impian. Apakan daya. Bukan kecil kesalahan yang dilakukan si anak. Mengedar nganja. Undang-undang tidak kenal muda atau tua. Lelaki atau perempuan bila sudah melakukan kesalahan.
Wahai si anak, tidakkah kamu berfikir sebelum kamu melakukan sesuatu. Pernahkah kamu berfikir akibat daripada perbuatan kamu. Pernahkah kamu melihat kepada kedua ibubapa kamu sebelum kamu melangkah. Tega ke kamu melihat kedua orang tuamu mengalirkan airmata akibat daripada perbuatan kamu. Bila dah jadi macam ni, menangis air mata darah sekalipun takkan mengembalikan kamu kepada mereka.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Semalam Yang Kusesali
Assalamualaikum w.b.t
Sebaik sahaja pulang dari kerja semalam, terus tuju ke taska ambil Hanum kat sana. Kebetulan suamiku kerja shift petang hari ni. Jadi aku mesti pulang tepat pada waktu untuk tidak lambat ambil Hanum kat taska. Sudah jadi prinsipku untuk tidak membiarkan Hanum berada terlalu lama dalam jagaan orang.
Sengaja kubawa Hanum jalan-jalan ke kedai supaya dia tak bosan sepanjang hari asyik berada di taska. Biarkan dia bermain dengan kereta mainan sampai dia puas.
Balik ke rumah, terus Hanum tuju ke depan tv, ambil remote control lalu dihulurkan kepadaku. Tandanya dia minta aku pasangkan cerita animasi kegemaranya, Upin & Ipin ataupun Boboiboy. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia gemar sangat dengan dua cerita tu. Tengok berulang-ulang kali sampaikan aku rasa dah jemu tahap gaban.

Kalau dapat tengok cerita kartun kegemaranya,mesti ambil tiket paling depan. Puas sudah kumarah, puas sudah kupesan, dia buat derk jer. Geramnya aku.
Akhirnya kubiarkan saja dia tonton tv sorang-sorang, sementara ku bereskan kerja-kerja lain. Sebaik saja ku keluar dari bilik jam 9.05mlm, aku tengok dia dah terlena berbantalkan kusyen. Alahai.....kesiannya anak aku.
Pagi tadi, masa aku nak ke ofis pun Hanum belum bangun lagi, aku sengaja tak kejutkan dia kerana aku mahu dia jumpa dengan abahnya memandangkan sudah satu hari dia tak jumpa abahnya. Lagipun aku juga mahu suami ikut sama bertanggungjawab dalam menguruskan hal anak.
Sampai di ofis, tiba-tiba hatiku jadi sayu. Setelah kuamati, fikir-fikirkan kembali, rupanya aku tak juga tak sempat bermanja dengannya lantas aku menyesal kerana membiarkannya tidur awal sedangkan untuk menunggu habis waktu kerja, aku rasakan amat lama.
Saturday, September 24, 2011
Terima Kasih Kepada Yang Tak Lupakan Saya
Assalamualaikum w.b.t.
Biasalah kan kalau pergi bercuti@melancong ke mana-mana, kita mesti tidak lupa untuk membeli cenderahati buat rakan taulan yang tak pergi. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang pergi mengikuti trip ke Pulau Redang, tak lupa belikan cenderahati untuk saya. Terima kasih pada semua.
Sekurang-kurangnya ceria sikit hati saya yang tak dapat pergi ni. Sayalah yang selalu tak dapat nak ikut bila kampeni duk bawak staff pergi bercuti. Sayalah yang selalu yang setia menjaga pejabat bila orang lain duk seronok pergi bercuti. Selalu je macam tu. Macam kali ni, macam tak berapa nak sesuai je saya nak ikut bila saya sedang hamil lapan bulan. Tambah-tambah lagi pergi pulau kan.
Tapi saya suka bila diaorang semua duk bagi cenderahati untuk saya walaupun harga tak seberapa. Bendanya pun kecil je. Kali ni juga, kampeni pun ikut sama bagi cenderahati. Nak ambil hati saya kot. Hehehehe...tak baik tau cakap macam tu.
Keropok lekor pun dapat juga tapi dah dicuri dek monyet. Takde rezeki. :D

| Trip kali ni dengan tema santai @ redang island 2011 |
| Ini hadiah daripada ofis |
| Yang ni daripada kawan-kawan. Terima kasih buat Yati, Sheila dan juga Ina. |
| Yang ni Hanum punya, terima kasih pada Wani. |
Keropok lekor pun dapat juga tapi dah dicuri dek monyet. Takde rezeki. :D
Subscribe to:
Comments (Atom)