Wednesday, September 28, 2011

Semalam Yang Kusesali

Assalamualaikum w.b.t


Sebaik sahaja pulang dari kerja semalam, terus tuju ke taska ambil Hanum kat sana. Kebetulan suamiku kerja shift petang hari ni. Jadi aku mesti pulang tepat pada waktu untuk tidak lambat ambil Hanum kat taska. Sudah jadi prinsipku untuk tidak membiarkan Hanum berada terlalu lama dalam jagaan orang.


Sengaja kubawa Hanum jalan-jalan ke kedai supaya dia tak bosan sepanjang hari asyik berada di taska. Biarkan dia bermain dengan kereta mainan sampai dia puas.


Balik ke rumah, terus Hanum tuju ke depan tv, ambil remote control lalu dihulurkan kepadaku. Tandanya dia minta aku pasangkan cerita animasi kegemaranya, Upin & Ipin ataupun Boboiboy. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia gemar sangat dengan dua cerita tu. Tengok berulang-ulang kali sampaikan aku rasa dah jemu tahap gaban. 


Kalau dapat tengok cerita kartun kegemaranya,mesti ambil tiket paling depan. Puas sudah kumarah, puas sudah kupesan, dia buat derk jer.  Geramnya aku.


Akhirnya kubiarkan saja dia tonton tv sorang-sorang, sementara ku bereskan kerja-kerja lain. Sebaik saja ku keluar dari bilik jam 9.05mlm, aku tengok dia dah terlena berbantalkan kusyen. Alahai.....kesiannya anak aku.


Pagi tadi, masa aku nak ke ofis pun Hanum belum bangun lagi, aku sengaja tak kejutkan dia kerana aku mahu dia jumpa dengan abahnya memandangkan sudah satu hari dia tak jumpa abahnya. Lagipun aku juga mahu suami ikut sama bertanggungjawab dalam menguruskan hal anak.

Sampai di ofis, tiba-tiba hatiku jadi sayu. Setelah kuamati, fikir-fikirkan kembali, rupanya aku tak juga tak sempat bermanja dengannya lantas aku menyesal kerana membiarkannya tidur awal sedangkan untuk menunggu habis waktu kerja, aku rasakan amat lama.

 

No comments:

Post a Comment