Lama sudah saya tak menulis diruangan blog ni. Bukan la sibuk sangat, cuma tak berapa sihat je kebelakangan ni. Bila tak sihat, otak pun macam beku je. Setelah sekian lama, maka hari ini saya kembali berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi membacanya...T__T Kesian kat suami saya. Pagi-pagi lagim sudah dikata orang. Bukan ke mengata kat belakang tu sama erti dengan MENGUMPAT?
Memangla semalam suami saya terpaksa lambat sikit pergi kerja sebab kena hantar Hanum ke taska memandangkan hujan lebat pagi semalam. Awal-awal lagi suami dah sms ketua dia, menyatakan alasan kenapa dia lambat. Tapi lain pulak jadinya, bilamana ketua dia memaklumkan hal tersebut dalam briefing. Bagi saya ketua dia tak perlu buat macam tu. Sebagai seoarng ketua, beliau patut ambil tahu masalah orang bawahan dan simpan rahsia mereka. Bukannya mendedahkah depan pekerja lain. Daripada orang lain tak tahu, jadi tahu. Bukan ke menjatuhkan air muka orang bawahan tersebut. Lagipun tujuan orang bawahan memberitahu sesuatu bukanlah sekadar memaklumkan sesuatu. Tetapi mengharapkan juga pengertian daripada ketua dia.
Berbalik pada cerita suami saya tu, saya cakap kat suami, sabo aje la. Anggaplah sebagai satu dugaan makan gaji dengan orang. Di akhir kata, saya doakan agar ketua suami saya tu akan lebih mengerti dan memahami anak buah selepas ni agar lebih disenangi dan disayangi anak buah. Wassalam.
No comments:
Post a Comment