Assalamualaikum w.b.t
Dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan yang kadangkala merumitkan. Setiap pilihan yang kita putuskan memang mengandungi risiko yang tersendiri. Terpulang kepada empunya diri untuk membuat pilihan atau risiko yang macam mana dia nak ambil.
Macam saya sekarang, saya berfikir-fikir, menimbang-nimbang ingin bertukar angin. Ingin mencari perkerjaan lain di luar bidang kemahiran yang saya miliki, namun jauh di sudut hati, jelas saya tidak berani nak ambil risiko yang sebegitu. Memandangkan komitmen saya agak tinggi, sukar bagi saya membuat keputusan tanpa berfikir semasak-masaknya.
Kadang-kadang saya cemburu jugak bila melihat orang lain dengan mudah bertukar kerja. Meraih pendapatan yang lebih tinggi. Saya menganggap rezeki yang ditentukan untuk saya masih di sini.
Ya..saya akui saya seorang yang low profile. Tidak suka uar-uarkan apa yang saya nak buat mahupun apa yang telah saya capai dalam hidup saya. Itulah saya. Tidak seperti rakan lain, beli kasut baru pun mahu kecoh satu kampung.
Saya tak mahu sifat-sifat yang macam tu bersarang dalam diri saya yang akhirnya membuatkan saya membanggakan diri seterusnya lupa diri di bumi tuhan ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment