Tuesday, August 16, 2011

Saya Kembali



Yezza....
Saya kembali ke pejabat setelah hampir 2 minggu saya MC. ^_^  Saya mulakan ramadhan kali ni dengan penyakit congjungtivitis (tolong betulkan kalau salah ejaan)  atau orang biasa panggil sakit mata. Virus ini semuanya dibawa oleh Hanum kepada saya dan suami. Sebagai ibu dan bapa, maka kami berasa amatlah kasihan bila si kecil Hanum mula membawa tanda-tanda sakit mata. Kami terpaksa mengkuarantin Hanum di rumah dan tidak sangka sama sekali, saya dan suami terkuaratin sama. Berkurung je la kami tiga beranak di bulan puasa yang mulia ini sampaikan si Hanum dah bosan tahap gaban. Pantang buka pintu, laju je ke muka pintu , ambil selipar.

Rasa kesian juga tapi apakan daya. Sengsara juga sakit mata ni. Maklumlah kali terakhir saya terkena penyakit ni, sewaktu berumur 16 tahun. Sudah berbelas tahun rupanya. Dah tak ingat macam mana rasa. Tapi kali ni agak teruk sampaikan mata asyik nakm tertutup jer dek kerana bengkak, kelopak mata pulak berdarah atau mungkin juga virus alaf baru. Kuman jadi makin kuat. B. tapi betul ke macam tu?

Macam-macam cara saya lakukan untuk memulihkan mata saya yang merah dan sentiasa berair tu. Tuam dengan air batu, cuci dengan kapas basah, lap dengan kain basah. Kesemua usaha tersebut sekurangnya dapat meredakan sakit mata yang saya alami. Tapi yang sebenar-benarnya cuci mata dengan air bersih dengan kerap adalah cara yang terbaik. Ingat tangan je ke kena sentiasa basuh dengan air untuk elak kuman.

Lagi satu, jangan sesekali menggosok mata dengan jari atau kain secara kasar kerana boleh menyebabkan berlaku luka dalam mata, walaupun pada masa tu mata gatal sangat-sangat. ^_^

Satu lagi info yang ingin saya kongsi tentang sakit mata ni adalah tentang pemakanan. Banyak benda yang tak boleh dimakan atau lupakan buat sementara waktu seperti semua jenis kategori seafood, ayam, kebanyakan jenis ikan. Makanan yang digalakkan pula seperti buah-buahan, sayur-sayuran, masih boleh makan daging tapi dalam kuantiti yang sedikit dan ikan selayang atau selar sahaja.

Saya paling banyak ambil jus untuk mengembalikan sistem kekebalan tubuh bagi mempercepatkan proses pemulihan. Saya juga elakkan makanan yang tak boleh dimakan seperti yang saya senaraikan tadi bagi mengelakkan mata gatal dan bengkak seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Sentiasa cuci tangan dengan air terutamanya selepas menyentuh mata untuk memastikan kuman tidak merebak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Apa yang kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata atau apa yang saya amalkan sewaktu sakit mata. Semoga ianya dapat memberi panduan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment