Baru-baru ni kawan ofis saya bercerita yang jiranya kena pukau. Masa kejadian tu, jirannya tengah menyapu di halaman rumah. Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki ala-ala Pakistan bertanya pasal peta dan note RM5. Pas tu jiran dia tu masuk dalam rumah ambil duit lalu di serahkan kepada lelaki tersebut. Beliau hanya tersedar bila lelaki Pakistan terbabit telah berlalu. Bila dah sedar tu, dia masuk dalam rumah dan cek duit dia, ternyata duit sebanyak RM500 telah tiada. Bila rakan ofis saya tu cerita tu, lantas saya teringat yang ayah saya juga pernah kena pukau dengan cara yang sama, mungkin orang yang sama kerana ala-ala Pakistan jugak.jenis kereta yang digunakan juga sama. Cuma nombor plat je tak pasti. Tapi dua cerita ni berlaku di tempat yang berlainan, malahan negeri pun berlainan. Agaknya orang ini menjelajah ke serata negeri bagi menjalankan aktiviti tak baiknya itu. Saya sendiri pun pernah melihat la kejadian yang macam ni. Dah lama, sekitar tahun 2001. Tapi saya pun tak pasti la sama ada saya terkena tempias pukau tersebut atau tidak kerana saya hanya memerhatikan kawan saya menyerahkan duit tanpa menegur perbuatan tersebut. Dah tu, apa lagi kena la ganti balik duit tu..oleh itu, peringatan untuk korang semua dan diri saya juga, sentiasa berhati-hati dalam segala tindak tanduk anda(anda ada tanduk?)lol kerana mata jahat ada di mana sahaja sedang memerhatikan anda…AWASS!!
No comments:
Post a Comment